Saturday, October 9, 2010

MASJID AZZUBAIR IBNUL AWWAM

TAJUK :
Masjid

DISEDIAKAN UNTUK :
Ustaz Abd Aziz bin Harjin

DISEDIAKAN OLEH :
Nama : Fatimah Zahirah Binti Rozman
No Matrix : 2010494944
Kumpulan : ACD1Aa

PROGRAM :
Diploma Perakaunan

TARIKH HANTAR :
10 Oktober 2010


ISI KANDUNGAN
1)     Isi Kandunan
2)     Abstrak
3)     Pendahuluan
4)     Konsep masjid
5)     Sejarah Masjid Azzubair Ibnul Awwam
6)     Pengenalan kepada Masjid Azzubair Ibnul Awwam
7)     Organisasi Masjid Azzubair Ibnul Awwam
8)     Peranan masjid
9)     Aktiviti Masjid Azzubair Ibnul Awwam
10) Kejayaan Masjid Azzubair Ibnul Awwam
11) Penutup
12) Rujukan




ABSTRAK
Masjid merupakan satu kata nama dalam Bahasa Malaysia . Masjid juga merupakan satu tempat mulia dan rumah beribadah bagi umat Islam . Kata sinonim bagi masjid ialah surau , tempat suci , rumah Tuhan (ALLAH) dan sebagainya . Maksud surau ditakrifkan secara berbeza-beza mengikut edisi kamus . Mengikut kamus dewan edisi kedua , surau bermaksud bangunan yang lebih kecil dari masjid tempat umat-umat Islam beribadah manakala mengikut kamus dewan edisi keempat pula , surau merupakan tempat untuk umat Islam beribadah , sembahyang , belajar agama , dan madrasah . Pelbagai amalan yang boleh dilakukan di dalam masjid seperti beribadah , beriktikaf , membaca Al-Quran , bermunajat kepada ALLAH S.W.T. dan sebagainya .


PENDAHULUAN
Orang yang inginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat biasanya melakukan ibadah dan memohon keampunan dari ALLAH . Masjid merupakan salah satu institusi yang membolehkan semua Muslim datang ke tempat ini untuk beribadah .
Tujuan esei ini di tulis adalah bagi menyempurnakan tugasan yang diberikan oleh . Selain itu , kita juga dapat merapatkan silaturrahim antara pihak masjid dengan orang sekeliling . Ia juga dapat membuka mata sesetengah pihak bahawa masjid ini mempunyai banyak kelebihan dan harus di perbaiki. Di samping itu , ia juga dapat menambahkan pengetahuan kita tentang masjid di kawasan itu dan sebagai penduduk setempat , kita harus mengambil tahu tentang segala perkembangan masjid berdekatan . Ia juga dapat memperkenalkan masjid di kawasan kepada umum .


KONSEP MASJID
Masjid . Masjid . Masjid .
Kita sering mendengar perkataan ini di sebut-sebut oleh semua umat manusia . Tetapi adakah mereka paham apakah maksud masjid yang sebenarnya? Mengikut kamus dewan edisi keempat , masjid ialah satu tempat perkumpulan umat-umat Islam untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap ALLAH S.W.T. dan tempat menjalankan kegiatan-kegiatan agama yang lain . Sebagai umat Islam dan penduduk setempat , kita seharusnya menghidupkan suasana di masjid dengan pelbagai kegiatan berfaedah , biasanya berbentuk keagamaan . Masjid juga perlu dihidupkan oleh pelbagai pihak termasuklah generasi muda kerana mereka tidak harus dipencilkan dalam usaha menyebarkan syiar Islam .


HURAIAN
1 ) SEJARAH MASJID AZZUBAIR IBNUL AWWAM
MELAKAR SEJARAH.
Peristiwa banjir besar yang melanda seluruh negara termasuk beberapa kawasan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur,dalam tahun 1970 telah melakarkan mesra sejarah bagi penduduk kawasan Cheras khasnya umat Islam,apabila usaha mereka untuk mendapatkan sebuah masjid besar berbagai kegunaan berjaya menjadi kenyataan walaupun terpaksa menunggu dengan penuh penantian redha dan sabar selama lebih dari satu dekad.Kejayaan tersebut merupakan hasil sepakat yang terjalin di antara mereka selaku wakil-wakil penduduk dalam satu perbincangan yang telah berlangsung di gelanggang badminton pada satu malam selepas solat Isyak dalam tahun 1973.
DITANGGUH SEMENTARA
Bagaimana pun keputusan mereka untuk memanjangkan mengenai perancangan masjid tersebut kepada pihak-pihak berkenaan ditangguhkan , kerana secara kebetulan pada tahun yang sama (1973) pihak Datuk Bandar Kuala Lumpur , telah membina sebuah madrasah disitu yang diberi nama Madrasah Muhammadiah.Sebelum ini,solat Jumaat juga didirikan di madrasah ini.Setelah 6 tahun madrasah ini digunakan untuk solat jumaat yang dianggarkan boleh memuatkan seramai 350 orang itu,mereka merasakan tidak sesuai lagi untuk menempatkan kehadiran bilangan jemaah yang semakin bertambah.Selain itu,ini juga menyebabkan mereka terlewat untuk solat jumaat.Mereka tiada pilihan lain dan terpaksa mendengar khutbah jumaat seterusnya bersolat di perkarangan madrasah itu berpanas kerana tidak berbumbung.Sehubungan dengan itu,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan , seawal tahun 1981, satu perjumpaan wakil-wakil penduduk kawasan tersebut telah diadakan bertempat di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Shah,Cheras.
Perjumpaan bersejarah yang di pengerusikan sendiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ketika itu TUAN HAJI MOHD ISA BIN YASIN sepakat menyerahkan masalah perancangan dan pembinaan masjid tersebut kepada Jabatan Agama berkenaan untuk tindakan selanjutnya.Dalam perjumpaan tersebut,kata sepakat juga dicapai bahawa lokasi pembinaan masjid itu nanti ialah di dalam Kawasan Perumahan Awam Zon (1) Dewan Bandaraya KM. 6 Jalan Cheras 56000 Kuala Lumpur.Sementara itu,di fahamkan bahawa jumlah umat Islam di kawasan tersebut dan persekitarannya pada ketika dianggarkan berjumlah seramai 24,000 orang.
Kesetiaan mereka selaku wakil-wakil penduduk melaksanakan amanah sekalipun berhadapan dengan berbagai cabaran , namun dengan izin ALLAH akhirnya mereka berjaya melakar sejarah apabila masjid yang mereka rancang dan usahakan selama lebih dari satu dekad itu menjadi kenyataan.Masjid itu tersergam indah diatas tapak yang dicadangkan.Wajarlah kejayaan ini dikenang.Antara anggota Lembaga Pengasas Pembinaan Masjid Azzubair Ibnul Awwam adalah seperti berikut :-
BIL
NAMA
CATATAN
1
ALLAHYARHAM HAJI HASHIM BIN YAHAYA
PENGERUSI
2
ALLAHYARHAM HAJI SHAFEI BIN HAJI IDRIS
-
3
ALLAHYARHAM HAJI SHARIF BIN HAJI ALI
-
4
ALLAHYARHAM HAJI ISMAIL BIN NURDIN
-
5
ALLAHYARHAM USTAZ MOHD DESA BIN AHMAD
BEKAS KETUA GURU SEK. REN. AGAMA AL-RIDHWAN
6
NORDIN BIN IDRUS
BEKAS SETIAUSAHA JAWATANKUASA MADRASAH MUHAMMADIAH
7
ABDUL LATIF BIN HAJI IDRIS
BEKAS PENGASAS PENUBUHAN SEK. REN. AGAMA AL-RIDHWAN
8
MOHD DAIM BIN HAJI ABDULLAH
BEKAS SETIAUSAHA PEMBINAAN MASJID AZZUBAIR IBNUL AWWAM.
9
SALLEHUDDIN SAAIA BIN HAJI ZULKIFLI
BEKAS JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID AZZUBAIR IBNUL AWWAM.

AL-FATIHAH UNTUK MEREKA YANG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH



Setelah berusaha ,berdoa,bertawakkal dan sabar menunggu selama 13 tahun bermula 1973 hingga 1986 kerja-kerja pembinaan Masjid Azzubair Ibnul Awwam atau sebelum perasmiannya dikenali sebagai Masjid Jamik Batu 3   Jalan Cheras itu dimulakan.Iaitu pada 22 April 1985 dan telah siap sepenuhnya dalam masa satu tahun.Pada 24 Mac 1986 dan seterusnya di imarahkan dengan berbagai program keagamaan dan kemasyarakatan dengan mendapat sambutan menggalakkan.




2 ) PENGENALAN KEPADA MASJID AZZUBAIR IBNUL AWWAM

Masjid Azzubair Ibnul Awwam telah ditubuhkan pada tahun 1981-an.Masjid ini terletak di Cheras,Kuala Lumpur berdekatan dengan kawasan perumahan.Masjid ini telah beroperasi selama  30 tahun.Nama masjid ini diambil sempena nama sahabat nabi kita yang terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W. untuk memperingati jasa beliau dalam menyebarkan agama Islam secara rahsia.Azzubair Ibnul Awwam bersama beberapa para sahabat telah  bersama-sama membantu Rasullullah dalam menyebarkan agama Islam secara rahsia.Jasa yang beliau sumbangkan dalam menyebarkan agama Islam sangat besar dan harus di peringati.Masjid ini juga ditubuhkan di bawah JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI).Para imam juga dilantik oleh pihak JAWI bagi menguruSkan masjid ini.Masjid ini mendapat perhatian dari beberapa pihak yang amat bertanggungjawab sama ada secara langsung atau tidak langsung..Pihak-pihak yang terlibat dalam menjaga segala keperluan dan kebajikan masjid ini secara langsung ialah JAWI,JAKIM,JPM dan DBKL.Pihak-pihak yang terlibat secara tidak langsung terdiri daripada Rukun Tetangga dan masyarakat setempat yang prihatin terhadap masjid ini. Selain itu,masjid ini sering menerima sumbangan berupa Al-Quran,buku Yassin,tasbih,sejadah,telekung dan kipas dari pelbagai pihak yang bermurah hati.Lokasi tapak pembinaan masjid ini dan persekitarannya dahulu sebelum tahun 80-an adalah merupakan kawasan bekas lombong yang luas.
Masjid ini mempunyai 2 tingkat ruang solat yang memisahkan antara jemaah lelaki dan jemaah wanita.Ruang solat ditingkat atas dikhaskan untuk jemaah wanita yang boleh memuatkan seramai 1000 para jemaah manakala ruang solat ditingkat bawah pula diperuntukkan untuk jemaah lelaki yang boleh menampung seramai 1500 para jemaah. Masjid ini mempunyai 2 tandas yang memisahkan antara jantina.Di samping itu,masjid ini dilengkapi dengan pelbagai jenis bilik yang berkaitan antaranya bilik jenazah.Bilik ini digunakan bagi menguruskan jenazah.Masjid ini dilengkapi dengan van jenazah yang akan membawa jenazah ke tanah perkuburan.Selain itu,pejabat guru tadika dan pejabat guru KAFA digunakan oleh para guru untuk membuat kerja mereka.Bilik imam digunakan sepenuhnya oleh imam besar bagi mengaturkan segala pentadbiran dan perbendaharaan masjid.Tambahan pula,masjid ini menyediakan 3 jenis tabung yang berlainan mengikut jenis.Tabung ini terdiri daripada tabung masjid,tabung bantuan untuk anak-anak yatim berhariraya Aidilfitri dan tabung untuk perbelanjaan bulan Ramadhan.Duit-duit yang disumbangkan ini dikira oleh imam-imam pada setiap hari Jumaat selepas menunaikan solat Jumaat.Masjid ini juga menyediakan papan iklan bagi sesiapa yang ingin mempamerkan iklan mereka dan mengembangkan bisnes perniagaan mereka.Mereka juga boleh mengedarkan iklan mereka pada para jemaah setelah selesai menunaikan fardu solat.Secara keseluruhan,masjid ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk para jemaah supaya mereka dapat menunaikan ibadah dengan selesa.

PENGISYTIHARAN MASJID
Sukacita dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Sultan Iskandar,Sultan Johor Darul Takzim,selaku Yang Dipertuan Agong pada ketika itu telah berkenan menyempurnakan upacara majlis perasmian Masjid Jamik itu pada hari Selasa 1 Mac 1988 bersamaan 12 Rejab tahun 1408 Hijriah dan seterusnya baginda mengisytiharkan nama barunya kepada Masjid Azzubair Ibnul Awwam,Cheras.
LOKASI STRATEGIK
Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Jelawat dan Jalan Sekilau.Kawasan ini merupakan lokasi strategik lagi menarik dikelilingi projek-projek perumahan Dewan Bandaraya Zon (1) dan pembangunan dari sektor swasta terdiri dari kondominium,pangsapuri-pangsapuri,taman-taman perumahan termasuk Bandar Baru Sri Permaisuri sendiri.
LALUAN PINTAS
Kedua-dua laluan tersebut,iaitu Jalan Jelawat dan Jalan Sekilaumerupakan laluan pintas utama untuk kenderaan,menghala ke Bandar Sri Permaisuri ,Bandar Tun Razak dan Lebuh Raya Persekutuan dari Jalan Cheras tanpa melalui bulatan Loke Yew yang sentiasa sibuk dan sesak dengan kenderaan.
SELESA
Dari segi keperluan prasarana pula,penduduk kariah masjid ini dan juga mereka yang tinggal berjiran,sememangnya merasa lega dan selesa kerana dikelilingi dengan kemudahan-kemudahan yang mungkin tidak terdapat dikariah masjid ini.Antara kemudahan yang dimaksudkan ialah :-
1.       Sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
2.       Sekolah Rendah Agama Al-Ridhwan (tidak jauh dari masjid ini)
3.       Kelas Tadika Islam (bangunan sendiri di belakang masjid ini)
4.       Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain beroperasi di dewan solat tingkat 1
5.       Kompleks Pasaraya dan juga pasar moden Cheras
6.       Bazar Larut Malam dalam bulan Ramadhan beroperasi hingga menjelang Subuh dengan menawarkan berbagai barangan keperluan yang menarik dengan harga yang berpatutan.
7.       Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
8.       Stesen Keretapi Aliran Ringan (LRT) Cheras
9.       Balai Polis Sri Permaisuri di Jalan Jelawat 1
10.   Kompleks Belia Dewan Bandaraya di Jalan Ikan Ayu,Cheras
11.   Kompleks Beliawanis Umu Salamah di Jalan Jelawat
12.   Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
13.   Pusat Kesihatan Cheras dahulu (Hospital Lady Templer)
14.   Rumah kebajikan kanak-kanak Tungku Budriah,Cheras
15.   Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Berbagai Aliran
16.   Maktab Perguruan Ilmu Khas
17.   Stadium Badminton Kuala Lumpur (bersebelahan Kompleks Belia Dewan Bandaraya)
18.   Kelab Warga Emas di Jalan Siakap,Cheras (dilengkapi bahan bacaan dan riadah)
19.   Kedai-kedai dan gerai-gerai berbagai keperluan

KEMUDAHAN DI DALAM MASJID
Masjid ini menyediakan pelbagai kemudahan supaya para jemaah selesa dan berpuas hati dengan masjid ini.Antara kemudahan yang disediakan ialah :-
1.       Dewan syarahan / dewan kuliah
2.       Dewan serbaguna
3.       Tandas
4.       Ruang solat 2 tingkat
5.       Pejabat-pejabat Imam,Pengerusi,Setiausaha dan Bendahari
6.       Taman Didikan Islam (TADIKA)
7.       Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)
8.       Bilik urusan jenazah
9.       Rumah kakitangan
10.   Bangsal memasak
11.   Tempat letak kereta
12.   2 buah van jenazah (usaha AJK derma berbagai kalangan dan JAKIM)
13.   Peralatan untuk memasak (periuk dan kawah besar)
14.   Perpustakaan kecil
15.   Tabung masjid



3 ) ORGANISASI MASJID
Bagi melancarkan pengurusan pentadbiran masjid,organisasi bagi masjid Azzubair Ibnul Awwam ini telah diwujudkan.Organisasi masjid ini terbahagi kepada 2 iaitu pentadbiran masjid dan jawatankuasa kariah masjid.
Dibawah pentadbiran masjid ini ia ditadbir oleh ketua imam.Ketua imam pula dibantu oleh penolong ketua imam.Dibawah mereka terdapat imam ratib 1,imam ratib 2, dan imam ratib 3.Imam dalam istilah merujuk kepada mereka yang dilantik oleh pihak berkuasa agama.Mereka ditugaskan untuk melaksanakan tugas sebagai mengimami solat 5 waktu,solat sunat dan sebagainya.Imam juga berfungsi sebagai penanggungjawab agama dan sosial setempat yang mesti menjalankan tugas menyebarkan semangat keagamaan serta memenuhi khidmat kemanusian kepada sesiapa yang memerlukan. Oleh sebab itu seorang imam biasanya, dikehendaki memenuhi syarat-syarat seperti mempunyai akhlak yang baik dan boleh dijadikan contoh oleh penduduk setempat.Pakaian para imam juga harus dijaga kerana pakaian seseorang melambangkan peribadi masing-masing.Selain itu,imam juga  memainkan peranan penting supaya memastikan masjid sentiasa hubungan diplomatik dengan pihak-pihak yang berkaitan.Imam juga digalakkan supaya melakukan amal kebajikan supaya menjadi contoh kepada masyarakat setempat.Ketua noja juga memainkan peranan dalam menguruskan masjid.Ketua noja dibantu oleh pengawal,noja rakyat dan pekerja am.Bilal juga memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi.Bilal ditugaskan supaya azan pada setiap kali masuk waktu solat 5 waktu.Di masjid ini terdapat seorang ketua bilal yang akan dibantu oleh bilal ratib 1,bilal ratib 2 dan bilal ratib 3.
Dibawah jawatankuasa kariah masjid pula diketuai oleh pengerusi.Pengerusi ditugaskan supaya memastikan segala benda berjalan dengan lancer.Di samping itu,jawatankuasa-jawatankuasa bawahan juga dilantik oleh pengerusi.Pengerusi akan dibantu oleh timbalan pengerusi.Setiausaha pula ditugaskan membuat surat-surat yang berkaitan dan menyediakan laporan bagi setiap aktiviti yang dilakukan di masjid ini.Selain itu,bendahari juga memainkan peranan.Bendahari pula ditugaskan untuk mengutip duit dari setiap jawatankuasa bertujuan untuk memperbaiki atau melakukan aktiviti di masjid.Ahli jawatankuasa lain yang tidak kurang juga pentingnya ialah biro kebajikan.Ia ditugaskan bagi memastikan setiap ahli dan jemaah dalam keadaan sihat.Jika ada para jemaah yang sakit,biro ini ditugaskan supaya memberikan bantuan seperti ubat-ubatan dan lain-lain.Biro dakwah pula,biro perayaan dan sambutan juga diwujudkan agar segala majlis yang berkaitan dapat berjalan dengan lancer dan lebih terancang.Selain dari biro-biro di atas,biro kebersihan dan penyelia bangunan akan sentiasa memantau masjid agar masjid terjaga dan sentiasa kelihatan bersih.Biro pelajaran,biro seranta dan silaturrahim, dan biro hal ehwal wanita juga ditubuhkan atas sebab-sebab tertentu.Ia dapat mengeratkan lagi hubungan sesama para jemaah dan ahli jawatankuasa.
Dengan adanya organisasi ini,segala pentadbiran masjid ini berjalan dengan lancar.



4 ) PERANAN MASJID
Untuk melaksanakan konsep masjid sebagai sebuah "Institusi Masjid", maka kita haruslah mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan dan menjadikan masjid sebagai sebuah Pusat Pembangunan Islam yang merangkumi semua kegiatan yang boleh diterjemahkan sebagai ibadah.Antara peranan masjid ialah :
1)Pusat pembangunan Islam
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai sebuah pusat perkembangan ilmu pengetahuan.Selain itu,institusi masjid juga boleh dijadikan sebagai asas pembangunan Islam dengan wujudnya madrasah-madrasah yang mengajar ilmu-ilmu berkaitan dengan fekah,tauhid,akhlak,ibadah,dan sirah Nabi-Nabi.Pada sebelah malam,kelas tilawah Al-Quran diadakan bagi mempertingkatkan cara bacaan pelajar dan memantapkan ilmu tajwid.Dengan ini,para pelajar dapat membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.Tambahan pula,kelas kemahiran penulisan dan pembacaan jawi turut diadakan untuk melatih pelajar-pelajar menulis dan membaca jawi dengan mahir.
2)Masjid sebagai lambang keagungan Islam
Sebagai agama rasmi negara Malaysia,kita dapat lihat bahawa masjid didirikan disetiap kawasan perumahan bagi melambangkan keagungan agama Islam itu sendiri.Selain itu,penduduk-penduduk berdekatan dapat mengimarahkan masjid berkenaan.Penduduk juga dapat mengeratkan silaturrahim yang terjalin antara mereka seterusnya dapat melambangkan agama Islam sebagai agama yang syumul dan mulia.Di samping itu,dengan adanya masjid,ia dapat menarik perhatian umat Islam agar tertumpu di kawasan itu dan seterusnya dapat menjana ekonomi kawasan itu sendiri.
3)Pusat percambahan ilmu
Institusi masjid juga haruslah dijadikan sebagai tempat percambahan ilmu dengan membina perpustakaan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buku.Antaranya,buku berkenaan ilmu agama iaitu fekah,tauhid,ibadah,akhlak,sirah Nabi dan sebagainya.Begitu juga buku tentang ilmu hisab,sains dan sebagainya juga wajar diletakkan di perpustakaan itu agar dapat menarik minat golongan muda supaya datang ke masjid.Buku-buku ini boleh didapati dengan mudah dan murah dan dapat memberikan banyak manfaat kepada penduduk setempat.
4)Pusat tamadun Islam
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat tamadun Islam agar semangat dan kekentalan pejuang-pejuang  Islam di zaman kegemilangan dan keagungan Islam dahulu boleh dikembalikan dan dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.Oleh sebab itu,sesebuah masjid haruslah mempunyai satu ruangan yang menempatkan sejarah-sejarah dan gambar-gambar tokoh yang pernah menaikkan dan memartabatkan nama Islam dimata dunia.Dengan ini,jasa,sumbangan dan kemegahan tamadun Islam di zaman lampau tidak dilupakan malah sentiasa diingati.
5)Pusat percambahan fikiran
Institusi masjid juga dijadikan sebagai tempat percambahan fikiran dengan adanya aktiviti-aktiviti yang berkaitan seperti dialog,ceramah,seminar,khutbah Jumaat dan sebagainya.
6)Pusat penjagaan ayat-ayat suci  Al-Quran
Masjid juga boleh dijadikan sebagai tempat penjagaan ayat-ayat suci Al-Quran.Salah satu cara untuk menjaga ayat-ayat suci Al-Quran ialah dengan menyediakan rak atau tempat khas untuk menyusun Al-Quran.Selain itu,para imam juga boleh mengadakan kelas bacaan Al-Quran untuk para penduduk agar mereka dapat memperbaiki cara bacaan mereka.



5 ) AKTIVITI
AKTIVITI HARIAN
1.       KELAS TADIKA
·         Bilangan murid dianggarkan seramai 300 orang dengan tenaga pengajar seramai 15 orang.Tadika ini terbahagi kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.Sesi pagi bermula pada 7.20 – 10.20 pagi manakala sesi petang bermula pada 11.00 pagi – 2.00 petang.Tadika ini ditubuhkan pada tahun 1986.
2.       KELAS KAFA
·         Bilangan murid dianggarkan seramai 400 orang dan tenaga guru seramai 16 orang.Kelas KAFA ini juga terbahagi kepada 2 sesi.Sesi pagi bermula pada jam 7.20 – 10.20 pagi manakala sesi petang pula bermula pada jam 2.20 – 5.20 petang.
3.       KULIAH MAGHRIB
·         Kuliah maghrib ini dijalankan sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.Kuliah ini dihadiri oleh guru-guru bertauliah.
AKTIVITI MINGGUAN
4.       Kuliah Fardhu Ain wanita setiap hari Sabtu bermula jam 3.00 petang di Dewan syarahan.
5.       Bimbingan tajwid dan Al-Quran khas untuk wanita setiap hari Ahad pada 9.00 pagi – 11.00 pagi di Dewan serbaguna.Kelas ini bertujuan untuk memperbaiki bacaan dan tajwid para wanita yang hadir.
6.       Kursus bimbingan Haji dan Umrah bersiri (mingguan) di Dewan syarahan setiap Ahad jam 10.00 – 12.00 tengah hari,sekurang-kurangnya selama 17 minggu setiap tahun dengan kerjasama Tabung Haji Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

AKTIVITI TAHUNAN
1.       Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW
2.       Majlis Mengingati Peristiwa Israk dan Mikraj
3.       Ibadah Qurban dan aqiqah beramai-ramai
4.       Agihan duit raya dan barang-barang keperluan kepada anak-anak yatim setempat
5.       Forum perdana hal ehwal Islam
6.       Perjumpaan Hari Raya
7.       Upacara khatan beramai-ramai
8.       Majlis bacaan Yasin beramai-ramai sempena malam Nisfu Syaaban
9.       Majlis Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan (lelaki dan wanita)
10.   Majlis Tahlil perdana dan solat hajat untuk kejayaan pelajar (anak-anak) kariah yang akan mengambil peperiksaan akhir tahun dan peperiksaan besar
11.   Bekerjasama dengan mana-mana badan kebajikan bagi menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah (lelaki dan wanita)
12.   Bekerjasama dengan sekolah-sekolah setempat bagi menganjurkan seminar motivasi pendidikan,khemah ibadah dan lain-lain aktiviti yang berkaitan.
13.   Majlis Qiyaamulail dan makan sahur beramai-ramai pada 10 akhir bulan Ramadhan
14.   Gotong-royong membersihkan dalaman dan persekitaran halaman masjid
15.   Bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam apabila terjadi bencana seperti tsunami,gempa bumi,banjir dan sebagainya.Bantuan ini akan dihulurkan apabila mendapat kelulusan dari JAWI.
16.   Majlis anugerah cemerlang bagi kelas KAFA dan TADIKA.



6 ) KEJAYAAN
KUMPULAN BERZANJI DAN MARHABAN
a)Kumpulan lelaki : NAHDHOTUL-HIDAYAH
Semenjak ditubuhkan kira-kira 1 dekad yang lalu,kumpulan ini pernah meraih kejayaan dalam beberapa pertandingan yang pernah disertai.Antaranya ialah :-
1.       Berjaya merebut gelaran Johan Berzanji Marhaban Lelaki Terbuka Ikhtifal Kesenian Islam anjuran KEMAS Wilayah Persekutuan 2007 seterusnya mewakili agensi berkenaan ke pertandingan peringkat kebangsaan yang telah berlangsung di Bandaraya Ipoh-Perak pada tahun yang sama.(2007)
2.       Berjaya merebut gelaran Naib Johan pertandingan Berzanji / Marhaban antara masjid bagi tahun 2008 yang telah dilangsungkan di Masjid Negeri Jalan Duta Kuala Lumpur.
b)Kumpulan wanita : AL-RAUDHAH
Kumpulan ini jarang mendapat undangan untuk membuat persembahan berbanding kumpulan lelaki.Bagaimanapun,dari segi keterampilan ianya lebih cemerlang apabila terpilih terbilang di dalam beberapa pertandingan yang pernah disertai.Antaranya :-
1.       Berjaya menyandang gelaran Johan Berzanji / Marhaban wanita antara masjid dalam pertandingan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2 tahun berturut-turut pada tahun 2000 dan 2001.
2.       Berjaya sebagai Naib Johan dalam pertandingan yang sama anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 2002.
3.       Berjaya merebut gelaran Johan Terbuka Wanita Festival Berzanji / Marhaban Shah Alam,Majlis Bandaraya Shah Alam tahun 2003.
4.       Johan Berzanji / Marhaban Peringkat Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 2004
5.       Johan Festival Terbuka Marhaban / Berzanji Shah Alam kategori wanita Majlis Bandaraya Shah Alam Selangor pada tahun 2005.
Bermula MEI 2008 kumpulan ini sedang giat menjalani latihan sebagai persiapan untuk melayakkan diri bagi menyertai pertandingan Festival Nasyid dan Marhaban peringkat “JELAJAH MALAYSIA” anjuran sebuah syarikat di Kuala Lumpur.
c)Hampir setiap minggu kumpulan ini khasnya lelaki mendapat undangan untuk membuat persembahan bagi memeriahkan khasnya majlis-majlis perkahwinan.Kini,kumpulan ini semakin diminati bukan sahaja di bukan sahaja kawasan Cheras,malahan telah menarik peminat dari tempat-tempat lain termasuk dari luar Wilayah Persekutuan.

MASJID AZZUBAIR IBNUL AWWAM
1.       Terpilih sebagai masjid terbaik dari segi dakwah dan pendidikan , anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1990.
2.       Reka susun seni taman masjid ini terpilih memenangi tempat pertama kategori masjid-masjid peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersempena Perayaan Hari Kebangsaan 1994.
TADIKA ISLAM AZZUBAIR IBNUL AWWAM
1.       Terpilih sebagai TADIKA ISLAM CONTOH diantara seluruh tadika Wilayah Persekutuan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 1995.
2.       Nama Tadika Islam Azzubair semakin bersinar apabila di isytiharkan oleh Menteri di JPM , Dato’ Dr Abdullah bin Md Zin dalam majlis sambutan Maal Hijrah di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta pada 15 Februari 2007 sebagai tadika terbaik seluruh Wilayah Persekutuan meliputi Putera Jaya dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tahun 2007.
KAFA AZZUBAIR IBNUL AWWAM
1.       Kelas KAFA masjid ini juga tidak mengecewakan apabila berjaya melakar nama sebagai Naib Johan pertandingan perbarisan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW di Stadium Bukit Jalil 2 tahun berturut-turut pada tahun 2005 dan 2006.
2.       Berikutan prestasinya yang semakin meningkat , KAFA telah di isytiharkan pula sebagai yang TERBAIK di Wilayah Persekutuan bagi tahun 2006 oleh Pengarah Jabatan Agama Islam yang juga selaku Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan , Dato’ Haji Che Amat bin Che Ali , dalam satu upacara majlis gilang-gemilang di sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur pada tahun 2007.


PENUTUP
Secara kesimpulannya , masjid juga merupakan sebuah institusi yang boleh membangun dan berjaya seperti institusi-institusi yang lain . Selain itu , masjid juga mempunyai banyak kegunaan dan kelebihan kepada masyarakat setempat . Sehubungan dengan itu , kita sebagai orang Muslim dan sebagai masyarakat setempat haruslah sentiasa datang dan mengimarahkan masjid . Bagi orang yang bijak , mereka akan sentiasa merebut peluang melakukan ibadah kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh di masjid agar mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH .

RUJUKAN
1.       Ustaz Muhammad Hatta bin Abdul Rahman









tandas lelaki

tandas perempuan






van jenazah

papan kenyataan

Masjid Azzubair Ibnul Awwam dahulu

Masjid Azzubair Ibnul Awwam sekarang